Tanggal 13 December 2008 Sabtu, Majlis Naik Buai ntuk Najihah Firzana dan Kasma Farisha diadakan pada hari yang sama menyambut kenduri Khatan untuk Irfan Eisfahan dan Muhd Farhan..dorang semua ni sepupu sepapa iaitu cucu kepada Puan Fatimah bt Saji ( Kak Dah)..di KG PAYA LINTAH,PDG RENGAS , KUALA KANGSAR PERAK.
Naik Buaian merupakan satu daripada istiadat yang masih diamalkan di
kalangan masyarakat Melayu di negeri Perak khususnya di daerah Perak
Tengah, Kuala Kangsar dan Hilir Perak. Istiadat ini khusus diadakan untuk
anak yang baru dilahirkan. Pada kebiasaannya ia diadakan semasa bayi
berusia 44 hari atau sebaik habis pantang.
Buaian atau di dalam loghat Perak di sebut 'boyan' dimaksudkan sebagai satu
peralatan yang diperbuat dan beberapa helai kain yang digantung bagi
membolehkan ia dibuai atau diayun untuk menidurkan bayi.
Selalunya istiadat naik buaian ini didahului dengan upacara mencukur rambut
bayi berserta perlakuan yang berkaitan dengannya. Istiadat naik buaian ini
disertai dengan marhaban dan dimeriahkan dengan pukulan rebana Perak
serta istimewanya dendangan 'Syair Siti Fatimah'.
SYAIR SITI FATIMAH
Asalnya Nabi Nor yang mulia
Dijadikan Allah tuhan yang kaya
Dahulu daripada alam dunia
Arash Kursi belum ada.
Langit dan bumi terang dan kelam
Jin manusia kafir dan lslam
Asalnya ia di Darussalam
Diturunkan tuhan di dunia alam.
Empat bulan sampailah tuan
Sudah menjadi kaki dan tangan
Cukuplah dengan sifat sekalian
Nyawanya belum lagi didatangkan
Setelah saat datang waktu
Datanglah nyawa lalu bersatu
Dalam tubuh tempatnya itu
Hawa dan nafsu sudah berlaku.
Dikandungkan ibumu sembilan bulan
Nasi dan air tidak tertelan
Melahirkan engkau berapa kesakitan
Terkadang bercerai nyawa dan badan
Apabila sudah cukupnya hari
Sakitlah ibumu tidak terperi
Bapamu turun berlari-lari
Mengambil bidan bawa ke mari.
5
Bidan pun datang tidaklah terlewat
Serta membawa kelengkapan ubat
Dilihatnya penuh saudara sahabat
Bidan pun naik semakin rapat
Sakitnya perut bagai nak pecah
Bukannya kurang makin bertambah
Dipanggil bapamu disuruh langkah
Minta ampun barang yang salah
Tatkala engkau jatuh ke lantai
Dengan segera bidan mencapai
Sudah dimandi lalu dipakai
Tinggallah ibumu lemah gemalai
Sudah dipakai lalu di Qamat
Meminta doa supaya selamat
Ingatlah pesan Nabi Muhammad
Disuruh mengerjakan amal yang taat.
Ayuhai anakku janganlah bantah
Ibumu memelihara terlalu susah
Dialih ke kiri ke kanan pun basah
Habis dilumur kencing dan muntah
Dilabuhkan tabir ribut pun lalu
Pelita terpasang di dalam kelambu
Sembur dan barut bertalu-talu
Minta jauhkan syaitan dan hantu.
Jikalau datang petir dan ribut
Rabun dibakar engkau dibarut
Di dalam hati terlalu takut
Memelihara engkau jangan terkejut
Penatnya badan setiap waktu
Digantung tirai serta kelambu
Pelita terpasang di dalam kelambu
Tiada diberi nyamuk hampir padamu.
Kenanglah olehmu Awang dan Dayang
Pada ibumu hendaklah sayang
Sakitlah badan hangat berdiang
Tidak berhenti malam dan siang
6
Ibumu berdiang tidak berhenti
Hidupnya pun rasa nak mati
Terlalu gundah di dalam hati
Antara hendak lepas 44 hari.
Friday, December 19, 2008
Majlis Naik BUAI
Posted by Mathil at 12:03 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment