"Congratulation..Selamat Masuk Jawi.....Irfan Eisfahan and Muhd Farhan!!!"
On 14th December 2008
When i first hear that wish..i was a bit errkkk!!..Masuk jawi? i didnt really know whats that "Selamat masuk jawi" does really mean...then i try to figure it out from the net (since some people rather make fun of me when i ask about this topics)..
i guest, what i found on the net might be useful for those who are new comer like me...so im sharing those info hereandafter...ni ilmu ni;
Berkhatan baik atau erti kata lain adalah Masuk Jawi
Tujuan penjagaan kebersihan anggota kemaluan lelaki
MUSIM cuti panjang persekolahan bermula lagi. Kebiasaannya, setiap kali cuti semester hujung tahun, ibu bapa mengambil peluang untuk mengkhatan anak pria yang mencapai usia tertentu. Macam Irfan Eisfahan dah Muhd Farhan.
Berkhatan membabitkan pemotongan penghujung kulit kulup kemaluan atau kulit yang menutup penghujung zakar.
Prosedur ini biasa dilakukan kepada kanak-kanak pria sebelum baligh, seolah-olah menggambarkan persediaan atau keraian sebelum baligh.
Prosedur ini diamalkan untuk tujuan penjagaan kebersihan anggota kemaluan lelaki. Ini kerana penyakit barah kemaluan jarang kelihatan kepada lelaki yang berkhatan dan masalah salur reproduktif pasangan perempuan seperti jangkitan dan kanser pangkal rahim jarang berlaku apabila pasangan pria berkhatan.
Berdasarkan sejarah, amalan berkhatan kuno dianggap sebagai amalan ritual atau bercorak keagamaan. Ia bermula di Mesir dan sebahagian besar negara di benua Afrika dan juga diamalkan oleh bangsa Mayan, Aztec, Inca dan Polynesia.
Mengikut kitab Injil (Bible), berkhatan ketika dilakukan oleh Nabi Ibrahim ra ialah satu ikatan perjanjian antara Tuhan dengan beliau yang membabitkan pemotongan sebahagian kulit daripada tubuh badan, yang mana kulit di bahagian kulup adalah paling sesuai.
Amalan itu kekal sehingga kini. Berkhatan menjadi amalan yang dipanjangkan kepada wanita, yang mana sebahagian besar daripada penduduk Afrika, Mesir dan Pantai Timur mengamalkannya.
Berkhatan untuk perempuan membabitkan pemotongan ‘klitoris’ atau bibir kecil dan keseluruhan bibir besar.
Berbalik kepada berkhatan untuk lelaki, cara pemotongan kulit penghujung zakar mengikut kemudahan yang ada atau yang biasa dilakukan oleh Tok Mudim atau orang yang ditauliahkan untuk membuat prosedur itu.
Kebiasaannya penghujung kulup kemaluan dipotong dan kulit yang terdedah dicelup dengan minyak untuk menghentikan pendarahan. Luka kulit akan reda dalam tempoh seminggu atau dua. Sebelum kulit kulup dipotong, kepala kemaluan akan dilucut keluar daripada penghujung kulup dan jika sukar akan dibantu dengan merendam dalam minyak.
Lama-kelamaan bahagian kulit itu akan sembuh dan mudah untuk kepala zakar keluar masuk. Kini, ada pelbagai cara moden untuk prosedur berkhatan. Ia boleh dilakukan ketika kanak-kanak pria itu masih bayi.
Ini kaedah yang dilakukan oleh pria Yahudi dan juga pria Amerika. Untuk orang Yahudi, berkhatan adalah amalan keagamaan dan sama juga dengan Kristian Koptik yang juga mengamalkan berkhatan manakala untuk elaki Amerika, berkhatan dilakukan untuk tujuan kesihatan.
Cara pemotongan moden membabitkan pengunaan alat penyepit atau klam, yang mana kulit penghujung kemaluan diklam dan dipotong. Klam itu ditanggalkan selepas seminggu atau akan tertanggal secara sendiri.
Kadangkala berkhatan perlu dilakukan mengikut keadaan kemaluan dan kulit kulup dan perlu dipotong secara seimbang supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.
Jarang wujud keadaan yang mana kecederaan berlaku akibat prosedur berkhatan secara moden. Berkhatan secara tradisi sudah ketinggalan zaman dan tidak harus dikekalkan kerana banyak masalah berlaku akibat prosedur itu seperti kecacatan kulit, parut tebal, infeksi dan kecacatan kepada zakar.
Kebaikan yang didapati daripada berkhatan ialah kebersihan yang berkekalan dan penghindaran daripada jangkitan. Kajian pernah dijalankan terhadap pria yang berkhatan dan yang tidak melakukannya. Didapati mereka yang berkhatan kurang mengalami jangkitan penyakit kelamin, termasuk penyakit HIV/Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids).
Dalam tinjauan yang dijalankan di Amerika pada awal 1980 membabitkan wanita yang mempunyai banyak teman pria yang berkhatan dan tidak, 90 peratus menyatakan mereka memilih pasangan pria yang berkhatan.
Mengikut pandangan Persatuan Urologi Amerika, jika seseorang pria tidak berkhatan, dia terpaksa mengambil langkah menjaga kebersihan alat seksual itu pada tahap optimum bagi memastikan tidak ada jangkitan kuman.
Mengikut kajian Perbadanan Kesihatan Sedunia mengenai kebaikan berkhatan pula, ia dapat menghindarkan kemungkinan jangkitan penyakit kelamin dan termasuk HIV/Aids dan prosedur ini digalakkan.
Thursday, December 18, 2008
Berkhatan...
Posted by Mathil at 11:36 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment