Tiap tika bersendirian, Kak Lara termenung mengimbas kembali liku2 hidupnya...penuh warnawarni..tapi bukan semuanya warna ceria..lebih byk warna suram dan kusam. kata hatinya "takpe lah...teruskan sajalah sisa hidup ni". himpitan hidup dari keluarga yang susah dan adik2 yang ramai..memaksa kak Lara untuk memintal segala kekuatan untuk dijadikan pautan mengejar kejayaan...segalanya sendiri. Semuanya kerana tekanan hidup..apa2 hidup mesti diteruskan.
Sesekali kak Lara menoleh gaya hidup adik2nya yg kini dah kian dewasa,moden,senang (nak apa2 cuma tau mintak je)..kesian sungguh kak lara..dia tidak pernah mengecapi semua itu sebelum ni. sekali lagi hatinya berbisik " takpelah... biarkan je lah.."
Pabila teringat pada seorang hamba Allah bercop kurang siuman..hmmm senang je orang lain mengejek dia itu orang gila. kesian dia...Dulunya lelaki ini segak dan kacak.Terdetik hati Kak Lara.."entah2 kalau saya sendiri tak dapat genggam tekad hati ni, sy pun boleh jadi gila mcm itu"..."kesian lelaki tu, dia juga berasal dari keluarga miskin..dia juga anak yg tua seperti ku..dia juga pernah sengsara penat lelah menghambakan diri menjaga adik2 nya semasa kecil dahulu dan sampai ke tua pun masih mendahulu kan keperluan adik2nya dan sering ketepikan keperluan dirinya sendiri..mungkinkah dia kini terkilan kerana bila adik2nya dah senang dah tak pandang dia dah"...Kak Lara sebak bila mendengar adik2 lelaki itu menyemburkan " Dia tu dah gila!"...kesian lelaki tu.
Kak Lara seakan faham segala perit hidup yang pernah dilalui oleh lelaki itu selaku anak sulung dalam keluarga miskin dan adik2 ramai.. ya.. bukan seronok sangat jadi anak yang paling tua..dalam usia yg masih mentah dah kena habiskan kederat jaga adik2 sebaik mungkin..tak berkesempatan langsung menikmati kemanisan zaman kanak2 ...tanggungjawab org dewasa pun dia kena pikul(bak kata orang: terpaksa tua sebelum masa)...dan dalam masa yang sama result kat sekolah mesti tetap kena tiptop..kalau tak, habis lah!!! Yang tak best, bila makbapa dah penat dari cari rezeki kat luar nanti balik umah tension 'hot temper' semacam.. kadang kat si anak sulung lah dia lepaskan geram..silap kecik dah kena rotan sampai terkupas kulit punggung. Aduuussss..... kekadang adik2 yang buat salah tapi anak sulung yang kena balun.hmmmm terkupas lagi kulit tapak tangan kena rotan.
Mungkin itu semua warna2 hidup! yang kekadang menjadi dendam...kekadang jadi rindu...kekadang jadi benci...adakala jadi sayang....bila dah dewasa cuma menjadi cerita..sebagai pedoman.
Mengenangkan semua itu..Kak Lara tersenyum sendiri..."takpe lah...!!!"....walaupun Kak Lara dah kian berusia.....namun semua nya belum berkesudahan...tanggungjawab masih bertenggek dibahu kecilnya...Kak Lara sendiri tak tahu sama ada semua ini akan "berbaloi" pd suatu hari nanti. Kak Lara sendiri tidak mampu untuk mengharap apa2...kerana sampai saat ini tiada apa2 yang dapat menjanjikan apa2.
To be continued...
Wednesday, June 17, 2009
Duka si Kak Lara...Part 1
Posted by Mathil at 9:14 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment